Hiburan
"Bodoh Tu Simpan Sikit Untuk Masa Tua" – Didakwa Bangga Lakukan ‘Panic Buying’, Shakilla Khoriri Naik Angin
Aktres Shakilla Khoriri bengang apabila dia didakwa bangga membeli barang keperluan harian ketika situasi pembelian panik berlaku beberapa hari lalu.
Soal Shakilla, adakah dia tidak dibenarkan untuk menambah stok barangan rumah seperti orang lain?
"Semalam aku ada post gambar ni. Ehh ramai pulak orang dok kata aku bangga jadi panic buying.
"Hello takkan tengah viral panic buying aku tak boleh nak beli barang dapur atau barang rumah.
"Lepas tu aku anak beranak nak mentedarah apa? Ke tak payah beli apa-apa sebab takut kena kata panic buying?” soalnya.
Ketidakpuasan itu diluahkan menerusi ruangan Instagram Stories miliknya, semalam.
Tambah isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali, dia berpesan supaya berfikir dahulu secara waras sebelum mengeluarkan kata-kata kurang enak.
"Bodoh tu simpan sikit untuk masa tua. Nak kecam pakai otak bukan main bedal je. Bodoh!" tulisya lagi.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 790 orang dengan dua rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 728 orang sedang dirawat di hospital, manakala 60 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video