Perubahan bentuk badan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang kelihatan semakin cantik dan langsing telah menarik perhatian peminat.

Menerusi akaun Instagramnya, Eina telah berkongsi video pendek yang memperlihatkan dirinya kini semakin kurus.

Video itu juga merakamkan wajah Eina sedang tersenyum seolah-olah berpuas hati dengan usaha keras dan senaman yang dilakukan untuk mendapatkan badan yang cantik.

Slowly but surely. Don’t stop until ur proud ??

A post shared by ???? ????? (@eina_azman) on


Meninjau ruangan komen, peminat memuji bentuk badan aktres itu dan meminta supaya Eina terus mengekalkan bentuk badannya.

Tidak kurang juga ada yang berharap Eina dapat mendedahkan tips menurunkan berat badan dan juga petua kecantikan.

Antara komen yang diterima ialah:

“Wah cantiknya body... Kongsi tips please,” @za_khair

“Macam mana nak dapat badan mak beranak kembar macam ni. Saya tak dapat-dapat pun sampai dah tambah satu lagi pun masin londeh perut ni,” @fatin.syafiqah

“Lawanya badan walaupun dah ada anak,” @aidanorzalmi

Terdahulu, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini kemudian dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.