Like father like son, begitulah kata pepatah Inggeris yang sesuai diberikan kepada anak pelakon Norman Hakim, Muhammad Danish Hakim.

Sama seperti bapanya, Danish juga mula menunjukkan minat untuk bersenam dan memulakan gaya hidup sihat.

Disebabkan itu juga, Danish sudah mula merasai perubahan bentuk badannya yang kelihatan semakin fit.

Menerusi akaun Instagramnya, Danish berkongsi satu foto yang merakamkan transfomasi dirinya.

Kata Danish, dia juga turut bersenam bersama bapanya selain menggunakan khidmat personal trainer untuk memastikan dirinya sentiasa fokus.

“The key is no talk, talk, talk. Just do it. Berkat tak pernah membantah daripada menerima segala ‘seksaan’ oleh Bangwan dan juga having a great teamwork with Papa.

“A big thank you to both of you. Dah boleh nak dapat nama goku malaysia jugak kan ni?” tulisnya.

A post shared by DANISH HAKIM OFFICIAL (@danishhakimofficial)


Sebelum ini, Norman juga pernah berkongsi mengenai cara pemakanan seimbang untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Norman menyatakan rasa gembira kerana mempunyai ‘sahabat’ dalam fitness journey iaitu anaknya sendiri.