Juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu mengakui timbul rasa sangsi untuk menjayakan projek video istimewa Salam Muslim yang berjudul PanggilanMu.

Bersempena kehadiran Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba, Salam Muslim muncul dengan video istimewa terbabit yang menggabungkan Naqiu bersama artis-artis lain seperti Hady Mirza, Lah Ahmad, Mawi, Anas Tahir dan PU Azhar.

Mereka bergabung suara mendendangkan talbiah yang diberi nafas baru sempena musim Haji ini.

"Masa first time dalam studio rakaman tu saya tertanya-tanya boleh ke suara aku ni nak bertalbiah?

"Penerbit meyakinkan saya dan dia menyuruh agar saya membuat style tersendiri.

"Akhirnya, sampai hujung-hujung jadi lain. Pada awalnya, saya nak cuba juga buat suara seperti nasyid, tapi produser suruh berikan versi rock seperti suara nyanyian saya," kata Naqiu.

BACA: Jangan Lupa Saksikan Gabungan Hady Mirza, Naqiu, Mawi, Lah Ahmad & Ramai Lagi Dalam PanggilanMu!

Vokalis kumpulan Boboy ini juga mengakui pengalaman melibatkan diri dalam projek PanggilanMu merupakan satu memori manis untuk dirinya.

"Ia pengalaman pertama yang sangat manis. Dahulu, saya bersekolah di sekolah Arab dan pernah bernasyid, tapi tak pernah buat perkara seperti ini.

"Jadi pengalaman ini sangat manis untuk saya kenang," katanya lagi.

Jom kita sama-sama layan video istimewa PanggilanMu: