"Boleh tak kalau nak 'aunty' ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat)," soal anak pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden.

Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby itu mengundang perhatian warganet sehingga ramai yang bersetuju dan merestuinya.

BERITA TRENDING: Aksi Gelabah Sharnaaz, Merajuk Jebat Raih Jutaan Tontonan! Netizen Perasan Sesuatu Di Lengan …

Umum mengetahui Amelia Christie Lim yang juga pelakon difahamkan kini merupakan kekasih kepada Sharnaaz.

Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy. Kemunculan Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya.

Pada masa sama, ibu kandung Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang leka bermain dengan Amelia.

Jebat juga secara berseloroh mahukan tiga Mommy!

"Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana)," katanya.

BERITA TRENDING: Ramai Suka Tengok Gelagat Mesra Noor Nabila & Amelia - “Muka Pun Nak Sama, Salute Dengan Mommy Jebat”

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)


Sebelum ini menerusi perkongsian video baik daripada Sharnaaz mahu pun Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat dan Amelia. Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.

Malah, pada video Mommyhana kelihatan bagaimana Nabila dan Amelia tidak kekok bersama. Hubungan mesra mereka seperti kakak dan adik.

Mungkinkah impian Jebat mahukan Mommy baru tercapai? Jadi, sempena sesi persekolahan baru ini, jom kita cari beg sekolah Mommyhana.