Laman Utama

Bonda Rozita Bahagia Dilayan Seperti Ratu Ketika Tunai Haji Dengan Aliff Syukri - “Walaupun Dia Slip Disk Stage 4 Tetap…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/07/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Bonda Rozita Bahagia Dilayan Seperti Ratu Ketika Tunai Haji Dengan Aliff Syukri - “Walaupun Dia Slip Disk Stage 4 Tetap…”
Pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi pengalaman dia menunaikan ibadah haji bersama anak lelakinya yang juga usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.
Bonda Rozita menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa syukur apabila anaknya tetap menjaga dan melayannya seperti ratu biarpun berdepan dengan masalah ‘slip disk’.
“Aliff Syukri sangat mulia dia menjaga saya. Bahagia saat ni walau dia slip disk stage empat tetap layan saya macam ratu,” kongsi Bonda Rozita.
Bonda Rozita turut mengakui bukan mudah untuk menunaikan ibadah haji kali ini memandangkan keadaan cuaca di Tanah Suci sangat panas.
“Kali ni ujian sungguh berat, teriknya Subhanallah… bayangkan saya berwudhuk jirus air ais basahkan telekung, stokin, hanya tiga minit dah kering!
“Bonda teramat kesian tengok orang tua yang uzur buat haji tanpa anak temankan, melepek tepi jalan, ramai juga yang sakit sebab jalan jauh dan kepanasan.
“Haji bukan tunjuk kamu kaya berduit, tapi kamu persembahkan reda pada Allah,” kata Bonda Rozita.
Untuk info, selain mereka anak beranak, selebriti tempatan lain juga turut menunaikan haji iaitu Aliff Satar, Faizal Tahir, Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz dan Lisdawati.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggal Lah Kejap Media Sosial Ni Datuk…” - Masih Aktif Muat Naik Content, Netizen Nasihat Aliff Syukri Fokus Ibadah Haji
ARTIKEL BERKAITAN: Panggil Cucu Dengan Gelaran ‘Hitam’, Mak Aliff Syukri Dikritik Netizen - “Tapi Sedih You Kena Sebut Perkataan Hitam…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024