Laman Utama

Panggil Cucu Dengan Gelaran ‘Hitam’, Mak Aliff Syukri Dikritik Netizen - “Tapi Sedih You Kena Sebut Perkataan Hitam…”

gempak
Izwan Isa
19/06/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Panggil Cucu Dengan Gelaran ‘Hitam’, Mak Aliff Syukri Dikritik Netizen - “Tapi Sedih You Kena Sebut Perkataan Hitam…”
Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menerima teguran daripada netizen apabila membandingkan cucu-cucunya dalam sepotong kapsyen Instagram baru-baru ini.
Selain itu, Rozita turut dikritik kerana menggunakan perkataan ‘hitam’ bagi menggambarkan rona kulit cucunya, Ammar Ahyan.
BACA: "Bila Saya Zoom Saya Rasa Bonda Ni..." - Netizen Risau Mak Aliff Syukri Makin Kurus
"Maaf Bonda (gelaran buat Rozita), saya amat kagumi bonda. You are an inspiration. Ucapan and kata-kata you pada cucu you is perfect. Tapi sedih you kena mention word ‘hitam’.
“Dari kecil saya sensitive and hairan kenapa orang tua suka buat perbezaan dan kata-kata macam ni. Apa lagi antara adik-beradik. Tak baik banding-banding macam ni,” ujar netizen berkenaan.
BACA: [VIDEO] Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Serah Balik Takhta Penyanyi No. 1 Kepada Siti Nurhaliza - “Saya Dah Jadi Nombor 2…”
Tidak berdiam diri, Rozita membalas teguran berkenaan dengan berpesan kepada netizen tersebut supaya tidak terlalu sensitif.
“Lah nak sensitif jangan puan. Saya ajar cucu saya menerima hakikat hitam tak hina, putih tak mulia. Maaf jika tersinggung. Saya mendidik anak-anak rasa sakit hati supaya membangun hati yang lemah,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, menerusi ucapan hari lahir pada Instagramnya, Rozita menulis tentang Ammar sempena sambutan hari lahir cucunya.
Menerusi ucapan tersebut, Rozita menulis yang Ammar lebih ‘hitam’ berbanding anak lain ketika kecil, tetapi apabila sudah dewasa, dia kini kelihatan kacak lebih tinggi berbanding ayahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live