Laman Utama
Bonda Rozita Terpinga-Pinga Menantu Pergi Umrah Tak Inform, Dapat Tahu Bila Tengok IG - “Eh Umrah?”
Ibu kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim kelihatan terpinga-pinga apabila mendapat tahu menantunya, Datin Seri Shahida bertolak ke Mekah bagi mengerjakan umrah semalam.
BERITA TRENDING: Bonda Rozita Bahagia Dilayan Seperti Ratu Ketika Tunai Haji Dengan Aliff Syukri - “Walaupun Dia Slip Disk Stage 4 Tetap..."
Hal tersebut berlaku selepas Shahida memuat naik gambar bersama anaknya, Luqman Al Haqeemm ketika sedang berada dalam kapal terbang.Menerusi ruangan komen pada gambar Shahida, Rozita bertanya mengapa dia tidak diberitahu tentang keberangkatannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
“Eh Umrah? Tak bagi tau mak elok sembang dengan mak pagi tadi?” tanya Rozita.
Tidak meninggalkan soalan tersebut sepi tanpa jawapan, Shahida pun membalas pertanyaan ibu mentuanya itu dengan memberikan alasan terlupa akibat sibuk kerja.
“Ya Allah lupa tak sempat. Kelam kabut,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang berasa pelik mengapa keberangkatan Shahida ke Tanah Suci Mekah tidak diketahui oleh ibu mentuanya sendiri.
BERITA TRENDING: Ibu Aliff Syukri Dedah Miliki Rumah 7 Bilik Di London - “Beli Hutang Je Pun, Bukan Cash”
Namun, ada juga beberapa pengguna media sosial yang menasihati netizen terbabit untuk tidak mencampuri urusan keluarga orang lain.
PILIHAN PEMBACA: "Kalau Awak Anak Saya, Malu Tak Ada Emak Macam Saya?" - Bonda Rozita
Must-Watch Video