Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan bermula esok dan pastinya orang ramai akan meluangkan masa di rumah.

Ketika inilah drama atau filem akan menjadi teman baik anda, tidak kiralah tonton di televisyen atau peranti mudah alih.

Namun, tahukah anda Astro menerusi On Demand dan Astro Go mempunyai banyak pilihan drama dan filem menarik untuk ditonton?

Bagi mereka yang sukakan drama yang penuh fantasi, anda boleh saksikan Raised By Wolves Season 1, His Dark Material (S1 & S2), Watchmen (S1), Game Of Thrones (S1-S8) dan Warrior (S1).

Selain itu anda juga boleh menikmati The Undoing (S1), The Flight Attendant (S1), Westworld (S1-S3), The Handmaid Tales (S1-S3) dan Big Little Lies (S1-S2), Chernobyle (S1) dan banyak lagi.

Selain drama, anda juga boleh menonton filem dokumentari termasuklah Becoming Warrent Buffet, McMillions, Apollo 11, What’s My Name : Mohamad Ali (Part 1 & Part 2) dan Being Serena.

Hebat bukan seleksi filem ini?

Jadi jangan jadikan tempoh PKP anda suram dengan drama atau filem yang membosankan.

Tonton menerusi On Deman dan Astro Go!