Hiburan

Bosan Dikuarantin, Ini 6 Aktiviti Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah!

gempak
Azwa Rahman
16/03/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
Bosan Dikuarantin, Ini 6 Aktiviti Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah!
Penularan Covid-19 semakin menjadi-jadi di Malaysia apabila 428 kes dicacatkan sehingga hari ini.
Pada mereka yang telah dikuarantin, ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk meghilangkan bosan.
Jom semak enam cadangan Gempak untuk aktiviti best yang boleh anda lakukan di kala tempoh kuarantin.
1. Telefon ibu bapa
Kalau selama ini anda sibuk dan tiasa masa untuk menghubungi ibu bapa, inilah masa yang sesuai untuk memeriksa keadaan mereka. Anda sedang kuarantin di rumah, bagaimana pula keadaan kesihatan orang tua?
2. Belajar benda baru
Anda tak perlu keluar untuk belajar sesuatu benda yang baru. Di laman YouTube sekarang ada pelbagai video tutorial berguna yang boleh anda semak untuk menambah ilmu. Video memasak, kemas rumah, solekan, semuanya ada di hujung jari!
3. Tonton program kegemaran
Waktu kuarantin di rumah ini, ambil peluang untuk isi masa lapang dengan tonton program kegemaran anda yang selama ini tertangguh! Layan banyak program menarik di Astro atau tonton dengan keselesaan tersendiri menerusi telefon pintar anda menerusi Astro GO! Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
4. Kemas rumah
Waktu dikuarantin ini, tiada alasan untuk anda biarkan rumah bersepah. Kalau rumah dah kemas, apa kata cuba alih perabot dan uruskan balik dekorasi rumah. Rumah serba cantik dan kemas, anda pun boleh sembuh cepat.
5. Membaca
Novel, buku ilmiah, majalah atau sebarang bahan bacaan kini sangat diperlukan untuk anda hilangkan bosan. Mana tahu lepas habis tempoh kuarantin, anda menjadi seroang ulat buku.
6. Bersenam
Ada pelbagai senaman yang boleh anda lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke gimnasium. Yoga, latihan HIIT, lompat tali mahupun menari, aktiviti sihat seperti ini pasti memberikan banyak manfaat kepada kesihatan anda.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live