Penyanyi popular Mariah Carey tidak ketinggalan dalam mencuba cabaran yang semakin tular di media sosial, Bottle Cap Challenge.

Namun, uniknya cara Carey berbanding selebriti-selebriti lain dalam menyahut cabaran terbabit ialah dia tidak menggunakan tendangan kaki.

Berkongsi satu video di laman sosial Instagram, Carey cemerlang menyahut Bottle Cap Challenge hanya dengan menggunakan suaranya!

Memulakan aksi seperti mahu melakukan satu tendangan, Carey kemudiannya meletakkan satu jari di telinganya dan menjerit.

Challenge accepted! #bottlecapchallenge

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey) on


“Challenge accepted,” tulis penyanyi berusia 49 tahun itu apabila penutup botol terbuka selepas dia menjerit.

Video yang baru sahaja dimuatnaik kurang daripada 24 jam yang lalu itu sehingga kini telah mencecah hampir tiga juta tontonan.

Aksi Carey tersebut mendapat pujian ramai teman selebriti seperti Rita Ora, Ruby Rose, Jordin Sparks, Busta Rhymes malah bekas suaminya, Nick Cannon kerana dikatakan ‘paling win’.

Bottle Cap Challenge yang mula tular ini memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan ‘side-kick’ tanpa menjatuhkan botol tersebut.

Selain Carey, antara selebriti antarabangsa lain yang gila bermain cabaran ini adalah John Mayer, Jason Statham, Ellie Goulding dan Donnie Yen yang hebat menendang penutup botol sambil menutup mata.

Selebriti Malaysia juga tidak ketinggalan apabila Hairul Azreen, Radin Era, Aeril Zafril, Andi Bernadee dan ramai lagi turut sama mencuba aksi ini.