Boy Iman Pula Keluarkan Lagu! Tak Sabar Nak ‘Launch’ Lagu & Muzik Video #Malasnaklayan

Fiza Kamarudin
Januari 5, 2018 09:11 MYT
Nampaknya sekarang ini macam ‘trend’ pula ahli perniagaan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Yang terbaru, selepas Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, pelakon dan ahli perniagaan Datuk Boy Iman pula bakal muncul dengan single berjudul #MalasNakLayan.
Boy telah memuat naik mengenai perkara tersebut menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya, dua hari lalu.
Menerusi entri tersebut Boy memberitahu lagu tersebut dicipta khas selepas musibah yang menimpa dirinya dan ditujukan kepada semua penyokong termasuk ‘hatters’.
Single tersebut dicipta sepenuhnya Edry Kru dan diterbitkan oleh DBI Entertainment Sdn. Bhd.
Menurut Boy lagi, dia sudah tidak sabar untuk melancarkan lagu dan muzik video single sulungnya itu.
#pelakon #Pelakon #Datuk Boy Iman