Boy Suara Viral Nangis Lepas Misha Omar 'Naik Hantu', Terkejut Sebab...

ZULHILMI JALIL
Julai 13, 2020 08:28 MYT
Peserta Suara Viral, Boy mengakui terkejut dengan respons yang diterimanya daripada juri Misha Omar sewaktu persembahannya pada konsert minggu keempat.
Menurut Boy, dia tidak mengetahui apakah kesilapan yang sudah dilakukannya sehingga menyebabkan Misha mengeluarkan komen yang agak 'pedas'.
"Saya sendiri blur. Bila Kak Mitch (panggilan Misha) cakap macam tu, saya tertanya 'apa yang saya dah buat ya?' Saya rasa, saya dah berikan yang terbaik.
"Habis persembahan, turun bawah pun kena lagi malam tu. Bila Kak Mitch tanya apa masalah, saya cakap 'tak tahu'.
"Kak Mitch kata sebagai penyanyi kena tahu apa masalah, kalau tak tahu tak payah jadi penyanyi. Saya terus terdiam. Saya takut, betul-betul marah.
"Malam tu lepas habis persembahan, balik hotel saya menangis. Rasa sedih pun ya, marah pun ya. Memang buat saya rasa down pada mulanya," cerita Boy ketika mengenangkan persembahannya pada minggu lalu.
Begitupun, menurut Boy, selepas melihat sendiri persembahannya pada malam itu, barulah dia faham punca kemarahan Misha.
"Bila buat post-mortem baru faham kenapa Kak Mitch marah. Ekspresi muka atas pentas nampak penat," katanya.
Sebelum ini, Boy yang menyanyikan lagu Sampai Syurga dikritik Misha sebagai sebuah persembahan yang mengantuk.
Bahkan, Misha turut mengeluarkan kenyataan 'I have a problem with you! Kalau tak puas hati kita boleh selesaikan di luar' yang mencetuskan situasi sedikit tegang.
BACA: Suara Viral: Azrul Tersingkir..Ini Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Konsert Minggu Ke-4
Begitupun, Boy berjaya meneruskan perjuangan di konsert minggu kelima Rabu ini.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.
#Misha Omar #Boy #Suara Viral