Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bring Me The Horizon Kembali Gegar Malaysia Lepas Lebih Sedekad, Kali Ini Bersama Band Jepun BABYMETAL!

Muhammad Firdaus
24/06/2024 09:24 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat-peminat metalcore selepas penganjur konsert tersohor, Hitman Solutions mengumumkan kedatangan band rock terkenal dari England, Bring Me The Horizon ke Malaysia menerusi konsert jelajah yang akan datang, sekaligus menandakan kepulangan mereka ke Malaysia selepas 11 tahun.

Bakal Bergandingan Dengan BABYMETAL

Konsert Bring Me The Horizon Live Featuring BABYMETAL bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 21 Ogos depan.

Berikutan kejayaan konsert Sum 41 dan Incubus sebelum ini, Hitman Solutions menyatakan permintaan untuk konsert muzik rock sangat tinggi di Malaysia. Kehadiran Bring Me The Horizon adalah tambahan yang sempurna untuk senarai konsert untuk tahun 2024.

Sejak penubuhan band ini pada tahun 2005, dua dekad lalu, mereka telah mencipta tujuh album studio, memenangi empat anugerah Kerrang!, menerima dua pencalonan Grammy, dan menjual lebih daripada 5 juta album di seluruh dunia.

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

Album terbaru mereka, Post Human: Nex Gen, yang dikeluarkan pada Mei 2024, menggabungkan elemen metalcore, hyperpop, dan elektronika, menunjukkan inovasi mereka dalam muzik dan kehebatan untuk bawakan pelbagai genre dan memberikan pengalaman yang berbeza untuk peminat yang menantikan konsert yang akan datang pada Ogos ini.

BERITA TRENDING: THSS: Alami Masalah Teknikal Ketika Persembahan, Aisha Retno Mohon Maaf - "Saya Tak Nak Salahkan Sesiapa, Mungkin ..."

Untuk menambahkan lagi keterujaan, Bring Me The Horizon akan ditemani oleh band kawaii metal Jepun, BABYMETAL, pada konsert tersebut. BABYMETAL mempunyai pangkalan peminat yang kukuh di seluruh Asia dan sebelum ini telah mengadakan konsert solo mereka di Malaysia pada tahun 2023.

BERITA TRENDING: Ceroboh Lapangan Terbang, Dua Wanita Ditahan Conteng ‘Jet Peribadi Taylor Swift’

Gabungan unik konsep J-idol dan kawaii metal mereka, serta elemen rock alternatif Bring Me The Horizon, adalah suatu pengalaman sekali seumur hidup buat peminat kedua-dua kumpulan ini.

BERITA TRENDING: Konsert Spider Keluar Sarang ‘Pecah Habis’, Spider Juara Satu & Popular Di Hati Peminat

#Konsert #Malaysia #BABYMETAL #Bring Me The Horizon