Laman Utama

Britney Spears Terima Tawaran Tulis Memoir Bernilai RM62.7 Juta Selepas Bebas Daripada Kongkongan Bapa

gempak
Izwan Isa
22/02/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Britney Spears Terima Tawaran Tulis Memoir Bernilai RM62.7 Juta Selepas Bebas Daripada Kongkongan Bapa
Penyanyi popular, Britney Spears dilaporkan menerima tawaran untuk menulis sebuah memoir selepas bebas daripada kongkongan bapanya, Jamie Spears.
Menurut laporan portal PageSix, tawaran penerbitan memoir tersebut bernilai sebanyak AS$15 juta (RM62.7 juta).
BACA: Selepas Sedekad, Bapa Britney Spears Mengalah Lepaskan Hak Penjagaan
Difahamkan, tawaran berkenaan juga datang daripada sebuah syarikat penerbitan terkemukan, Simon & Schuster.
Begitupun, menerusi laporan People, baik wakil syarikat penerbitan tersebut mahupun peguam Britney, masing-masing tidak memberikan sebarang komen mengenai tawaran berkenaan.
Sejak beberapa bulan selepas bebas daripada jagaan bapanya selama 13 tahun, Britney dilihat begitu lantang bersuara berkenaan layanan keluarganya terhadap dirinya.
BACA: Bebas Daripada Pengawasan Bapa, Britney Spears Boleh Jaga Harta RM250 Juta Sendiri
Menerusi Instagram, Britney sering memuat naik status perlian terhadap bapa, Jamie Spears; ibu, Lynne Spears dan adiknya sendiri, Jamie Lynn Spears yang baru-baru ini turut menerbitkan sebuah memoir.
Sungguhpun sudah bebas daripada jagaan Jamie, namun, bapanya masih meminta Britney untuk membayar yuran guaman sepanjang perbicaraan.
Minggu lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Toxic itu berkongsi surat yang diterima daripada United States Congress yang dikirimkan oleh ahli kongres Charlie Crist dan Eric Swalwell.
Kedua-dua figura itu turut melayangkan jemputan untuk bertemu dengan Britney.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live