Biarpun telah menempa nama dengan pelbagai karya filem hebat di Indonesia, pelakon Bront Palarae akui masih tiada perancangan untuk berpindah ke negara republik itu.

Menerusi laporan HLive! Bront menyatakan dia masih berpangkalan di Malaysia walaupun menerima tawaran dari Indonesia.

"Memang tiada perancangan pun, base dekat Malaysia la kot.

"Siapa yang nak saya berlakon mereka telefon la, nanti flight je ke sana," katanya.

Tambah Bront, tujuan sebenar untuk ke luar negara adalah untuk membangunkan industri perfileman Malaysia.

"Ke mana saja kita pergi adalah tempoh untuk kita belajar. Sambil-sambil tu kita cari bakat-bakat luar untuk bekerjasama untuk projek akan datang," katanya.

Bront ditemui ketika majlis pra tonton filem Gundala di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem berkonsepkan superhero itu bakal ditayangkan pada 26 Disember ini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).