Selepas kejayaan mengeluarkan album terbaharu yang memecah rekod jualan, kumpulan K-pop Korea Selatan terkemuka BTS akan melancarkan siri dokumentari terbaharu, lapor Astro Awani.

Menurut portal Soompi, dokumentari berjudul, ‘Break The Silence: Docu Series’ itu mengisahkan perjalanan BTS melengkapkan konsert jelajahnya selama 351 hari menerusi konsert 2018 ‘Love Yourself Tour’ dan konsert ‘Speak Yourself Tour’ tahun lalu.





Rata-rata peminat kumpulan yang popular dengan lagu Boy With Luv itu sudah mula berkongsi keterujaan mereka di media sosial.

Sehubungan itu, peminat boleh membuat tempahan awal tontonan bermula 28 April ini. Sementara episod pertama boleh mula ditonton pada 12 Mei, lapor portal kelab rasmi Weverse.

Siri dokumentari, ‘Break The Silence’ merupakan siri dokumentari BTS yang ketiga selepas dua siri terawal, ‘Burn The Stage’ dan ‘Bring The Soul: The Movie’ telah menemui peminat tahun lalu.

Terdahulu, BTS membatalkan konsert jelajah MAP OF THE SOUL di Seoul ekoran bimbang dengan penularan wabak COVID-19.

Sumber: Astro Awani / Soompi