Penyanyi, Tomok memaafkan seorang peminat bernama Kamarul Ariffin Nor Sadan yang pernah membaling telur kepada kumpulan New Boyz kira-kira 20 tahun lalu.

Menerusi perkongsian Tomok di akaun Instagramnya, peminat berkenaan telah membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya.

Kamarul memberitahu tujuan dia dan rakan-rakannya sengaja membaling telur kepada Newboys untuk tujuan mensabotaj persembahan mereka.

“Okay, aku ada pengakuan nak buat pada Tomok dan New Boyz. Sekitar tahun 1999-2002 (tak berapa ingat), New Boyz ada buat persembahan di Plaza Kota Tinggi.

“Aku dan beberapa orang rakan telah melakukan onar dengan niat sabotaj. Kami baling telur. Sejujurnya, aku pun tak ada justifikasi yang kukuh untuk sabotaj kalian.

“Lebih kepada tindakan mengikut jiwa muda yang gemar memberontak, mungkin juga kerana dicabar.

“Malah senyap-senyap aku layan juga lagu-lagu New Boyz. Ketika New Boyz mula dikenali, ERA (Malaysia) pun baru mula. Kalau keluar lagu New Boyz di ERA.fm, aku nyanyi dalam hati, siap hafal.

“Kalau nyanyi kuat-kuat nanti kena cop jiwang pula. Entah apa yang malu jika orang tahu kita ni jiwang? Aku pun tak tahu. Bua tapa kita malu dengan diri sendiri kan?

“Maka bersaksikan 200,000 followers aku ni, aku dengan renddah diri dan ikhlas, nak mohon maaf pada kalian. Aku tahu, 20 tahun tu lama, lebih baik lambat daripada tidak langsung.

“Kalau ada konsert reunion boleh jemput saya. Pada waktu itu saya akan relakan diri dibaling telur oleh setiap anggota New Boyz. Kamarul Ariffin Nor Sadan, minat dalam senyap” tulisnya.

buang yang keruh..ambik yang jernih..kita hanya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan . saya maafkan awak bro!

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Bagaimanapun, Tomok yang terharu dengan pengakuan ikhlas itu telah pun memaafkan peminat tersebut.

“Bunag yang keruh, ambil yang jernih… Kita hanya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan. Saya maafkan awak bro,” coretnya.

Terdahulu, New Boyz mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan album pertama melalui hitz singlenya Sejarah Mungkin Berulang.

Bukan itu sahaja,mereka juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.

Foto: Instagram @tomokofficial