"Buanglah Naz Yang Dulu, Yang Selalu Marah-Marah" - Netizen Nasihat Sharnaaz Ahmad

Kamaruddin Razal
November 5, 2019 05:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik luahan hatinya mengenai persoalan nasib individu yang suka menganiaya orang lain dalam hidup mereka.
Kata Sharnaaz, dia adakalanya hairan mengapa Tuhan tidak menurunkan sahaja bala kepada golongan tersebut.
"Selalu aku bertanya kenapa Allah tak turunkan bala pada orang yang menganiaya kita.
"Tapi jawapannya ada dengan kita juga, sebab Allah nak kita reda dan belajar daripada kesilapan manusia yang kejam itu. Itulah balasan paling mujarab buat mereka," tulisnya di Twitter.

Selalu aku bertanya kenapa Allah tak turunkan bala pada org yg aniaya kita.. tapi jawapanya ada dgn kita jugak.. sebab Allah nak kita redha dan belajar dari kesilapan manusia yg kejam itu.. itu lah balasan paling mujarab buat mereka.

— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) November 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Status itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Biarpun tidak tahu maksud tersirat di sebalik perkongsian status tersebut, namun, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pelakon berusia 34 tahun itu.
"Sabar Naz. Kami selalu bersama Naz dan Jebat. Biarkan mereka terus begitu.
"Cuma satu pesan abang buat Naz, buanglah Naz yang dulu. Yang selalu marah-marah orang lain walaupun tiada kaitan dengan Naz.
"Ingatkan.. Bila Jebat sakit, Naz mohon doa daripada semua. Siapa tahu, salah seorang yang mendoakan Jebat adalah insan yang pernah Naz Marah," tulis pemilik akaun @Leomozo.

Sabar Naz.Kami sllu "brsama" naz n Jebat. Biarkan mereka trus bgitu.Cuma satu pesan abg buat naz."Buanglah" Naz yg dlu.Yg sllu mrh² org lain wlpun xde kaitan dgn naz. Ingat kan.Bila Jebat sakit.Naz mohon doa dr smua.Spe tahu,slh sorg yg mndoakn Jebat adlh insan yg prnah naz mrh.

— Bangdut (@Leomozoo) November 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Komen tersebut kemudian mendapat maklum balas daripada pelakon drama Awak Sangat Nakal itu.
"Ya betul ingat.. Syukur banyak dah sedar.. Terima kasih atas nasihat bang dut," jawabnya menerusi retweet komen berkenaan.

Ya betul ingat.. syukur banyak dah sedar.. terima kasih atas nasihat bang dut https://t.co/zzHYvFBoGX

— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) November 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baru-baru ini, Sharnaaz meluahkan rasa sedihnya apabila tidak dapat melihat perkembangan anaknya, Jebat Jayden yang berusia setahun sudah mula boleh berjalan.
BACA: "Perkara Yang Saya Tak Lihat.." - Sharnaaz Ahmad Terlepas Lihat Perkembangan Jebat Jayden
Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan usahawan Noor Nabila Mohd. Noor, pada 31 Mac 2017.
Bagaimanapun, kemelut perkahwinan mereka tercetus apabila isterinya memfailkan perceraian terhadap pelakon itu pada 31 Ogos lalu.
Sharnaaz kemudian turut memfailkan permohonan nusyuz terhadap Nabila pada 30 September.
#pelakon #Pelakon #Sharnaaz