Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Buat Bisnes Cipta Gambar B*gel Guna AI, Warganet Luah Rasa Risau: “Kurangkan Kongsi Rupa Diri Di Media Sosial”

Muhammad Firdaus
21/04/2024 01:55 MYT
Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) sangat popular buat masa ini.

Mampu menyelesaikan dan melakukan pelbagai tugasan, teknologi ini kadang kala disalahguna oleh sesetengah pihak bagi memenuhi kepentingan diri masing-masing.

Guna AI Buat Gambar Lucah

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Platform X, ada segelintir pihak menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk mencipta gambar lucah perempuan bagi tujuan meraih pendapatan.

“Baru lalu timeline tadi, ada akaun di aplikasi X ni dia buat bisnes/servis bogelkan gambar orang perempuan pakai software artificial intelligence mungkin.

“Buat duit + memalukan orang + buat fitnah. Jadi aku pun beritahu isteri aku kemudaratan muat naik gambar sendiri di media sosial. Dia patuh, dia faham,” tulis pengguna itu.


Netizen Titip Pesanan

Susulan entri tersebut, rata-rata warganet menitipkan pesanan untuk orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam penggunaan teknologi.

“Sebab tu nak buat gambar profile mana-mana media sosial kena tutup muka tak pu. letak filter. Sebab pernah terjadi dekat orang yang terdekat dengan aku,”

“Sebab tu orang dulu-dulu kurang bergambar, kalau bergambar pun tak penuh sebab nak elak penyakit ain. Orang sekarang jadi dua, penyakit ain dengan penyakit AI,”

“Kita tak boleh halang, hanya perlu berdoa dan kurangkan berkongsi rupa diri di media sosial.”

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meriah lebih 700,000 tontonan dan hampir 4,000 ulang siar di aplikasi X.

BERITA TRENDING: Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

BERITA TRENDING: Ziarah Kubur Ex Dengan Tunang, Tindakan Wanita Ini Diselar Warganet - "Memanglah Arwah Dah Tiada, Tapi..."


Sumber: Platform X

#Viral #Netizen #Tular #Gambar #Lucah #AI #Kecerdasan Buatan
;