Sebelum ini, viral di media sosial tentang seorang adik cilik, Muhammad Lutfi Rabbani yang membuat panggilan di program Geng Ngaji bagi mengalunkan bacaan Al-Quran.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Lutfi apabila panggilan yang dibuatnya terputus sebanyak tiga kali di tempat bacaan sama ketika melantunkan surah At-Taubah.

Insiden itu telah membuatkan moderator program iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin, dan Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah tidak dapat menahan diri daripada ketawa.

BACA: 3 Kali Line Putus Tempat Bacaan Ayat Al-Quran Sama, Adik Lutfi Gigih Nak Sambung Cuit Hati Netizen

Namun, baru-baru ini, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan @AdDien90, dia ada memuat naik rakaman adik berusia sembilan tahun membuat panggilan video.

"Ayah dan ustaz yang mendorong. Ustaz ajar dekat sekolah, ayah ajar di rumah," katanya.Kelancaran membaca ayat 33 dari surah yang sama itu telah mendapat pujian daripada pengendali program dan juga warganet yang menonton.

"Subhanallah, hebat adik ni baru umur 9 tahun semangat baca Al-Quran tu. Luar biasa.

"Sejuk perut ibu mengandung adik. Ya Allah..

"Subhanallah bagusnya adik Lutfi, sangat bersemangat dan konsisten membaca taawudz setiap kali nak mulakan bacaan. Moga berjaya hafazan awak dan syafakillah untuk kakak awak adik.

"Allahu hebatnya budak ni. Dia buat aku terkedu dan sebak dengar dia mengaji dan bercita-cita besar. Semoga satu hari nanti orang yang hebat macam ni jadi pemimpin Malaysia. Amin!" antara komen-komen yang ditulis.

Saksikan Geng Ngaji secara langsung setiap Isnin hingga Sabtu, jam 6 petang di Astro Oasis (saluran 106).

Geng Ngaji juga boleh distrim pada hari dan waktu yang sama di Youtube Gempak.



Twitter: @AdDien90