Skip to main content

Budaya Popular

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

astro_gempak_fizi-ali-buat-isteri-menangis-sempena-anniversary-pertama.png

“Alhamdulillah setahun usia perkahwinan kita, dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai akhir usia,” coretnya di Instagram.

Fizi turut berkongsi video dia dan isteri saling berpegangan tangan dan berpelukan.

Dalam video tersebut, Zulaikha turut mengalirkan air mata ketika mereka saling berjanji.

Kongsi Fizi lagi, dia turut mengimbau janji yang dibuat isterinya iaitu mengembalikan semula senyuman dalam hidupnya.

Fizi turut berdoa agar rumah tangga mereka diberkati dan diredhai.

“Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati allah. Happy Anniversary sayang..Saya sayang awak,” tutup Fizi.

Untuk info, Fizi sah bergelar suami kepada Siti Zulaikha, 30, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor, Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Fizi turut mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’ Pasangan Selebriti Nak Cerai, Fizi Ali Tampil Mohon Maaf - “Saya Dah Pulangkan Balik Semua Bayaran…”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

Must-Watch Video

Advertisement