Jurusolek dan usahawan kosmetik popular Datuk Alha Alfa membuat kejutan untuk isterinya, Noor Azlin dengan menghadiahkan sebuah kereta model Honda BR-V.

Jelas Alha kereta tersebut sebagai hadiah untuk isteri kesayangannya memandangkan mereka berdua belum sempat pergi berbulan madu disebabkan kekangan kerja.

Rakaman video tersebut dikongsi oleh Alha menerusi entri terbaru di laman Instagram (IG) miliknya.

"Alhamdulillah syukur genap 50 hari perkahwinan kami, jauh lagi perjalanan..

"Syukur dengan segala limpah rezeki yang engkau kuriakan ya Allah, surprise untuk anje..

"Sorry sebab busy sangat kerja tak sempat nak honeymoon takpelah hari-hari pun honeymoon kan.

"So sebagai ganti abam hadiahkan dulu kereta ni kat anje abam..Budak kecik tak boleh pakai kereta besar-besar sangat baru 50 hari kahwin.

"Kalau 50 tahun nanti abam belikan private jet ok. Doakan kami hingga hujung nyawa ok..Amin," tulisnya.

Alhamdulillah syukur genap 50hari perkahwinan kami,jauh lagi perjalanan..syukur dgn segala limpah rezeki yg engkau kuriakan yaALLAH, suprise utk anje..sorry sbb busy sgt keje xsempat2 nak honeymoon?? takpelah hari2 pun honeymoon kan?? so sebagai ganti abam adiahkan dlu keta ni kat anje abam..budak kecit xleh pakai keta besar2 sgt..baru 50hari kawen..kalau 50tahun nanti abam belikan private jet ok?? doakan kami hingga hujung nyawa ok ..aminnnn

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on


Tindakan Alha menghadiahkan kereta Honda berwarna putih membuatkan isterinya terkejut dan terharu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan komen memuji tindakan Alha.

"@eryna0909: Untunglah isteri datuk. Doakan saya dikurniakan kebahagiaan macam datuk juga ya. Semoga bahagia hingga jannah."

"@jeans_kie79: So sweet datuk Alha Alfa."

"@ruha_ayu: Malu-malu kena rakam. So sweet."

"@fiqahfaroq: Alhamdulillah suami yang bagus, semoga Allah melipat gandakan rezeki datuk dan datin. Amin."

Alha dan Noor Azlin telah selamat bernikah pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

Dalam perkembangan terkini, Alha bakal muncul dengan sebuah program realiti Malaysia TOP MUA pada tahun depan.

BACA: Ingin Cungkil Bakat Jurusolek, Alha Alfa Tampil Dengan Sebuah Program Realiti

Peserta yang berminat boleh menghantar video demonstrasi mekap selama seminit menggunakan produk Alha Alfa iaitu set Boarderless mulai 13 November hingga 4 Disember depan.

Episod 1 program realiti ini bakal disiarkan setiap Sabtu di Astro Ria bermula 15 Februari 2020.

Wang tunai sebanyak RM50,000 akan diberikan sebagai jumlah keseluruhan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.