Laman Utama

Buat Konsert Untuk Beri Kembali Kepada Masyarakat, Siti Nurhaliza Bawa Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Satu Suara Vol. 3

Maliah Surip
22/03/2023
08:34 MYT
Melakukan konsert demi konsert bukan sebuah hal yang asing bagi penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti sudah muncul dengan ratusan konsert yang dilakukan sejak menjadi penyanyi lebih 20 tahun lalu.
Namun matlamat Siti dalam penganjuran konsert beberapa tahun kebelakangan ini sudah berbeza. Ia bukan lagi soal keuntungan semata-mata.
Malah jauh sekali melakukan konsert untuk membuktikan diri hebat, berlumba-lumba atau untuk dibanding-bandingkan tetapi objektifnya adalah untuk kembali memberi kepada masyarakat.
“Sejak dulu Siti tidak melakukan apapun untuk dibanding-bandingkan, apa lagi dalam penganjuran konsert. Semua yang dilakukan atas dasar karier dan permintaan peminat.
“Apa lagi dalam keadaan sekarang. Pada saya sekarang Allah sudah buka banyak rezeki kepada kita semua termasuk anak seni selepas terkesan dengan pandemik.
“Banyak penganjuran konsert dilakukan. Yang penting anak seni boleh cari makan.
“Bercakap tentang perbandingan saya pula tak faham kerana untuk sekarang, matlamat saya adalah menghiburkan, memberi kembali kepada masyarakat, contoh seperti apa yang Yayasan Nurjiwa buat. Ia lebih kepada saling menghargai walaupun punya minat yang berbeza, ini yang penting. Ini yang saya mahu.
“Berkumpul untuk meraikan, bukan melihat siapa yang lebih bagus atau siapa yang tak bagus,” jelas Siti panjang lebar sewaktu ditemui pada sidang media Konsert Satu Suara Siti Nurhaliza Vol. 3 yang diadakan di Skylight Designer Event Hall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lantaran itu Konsert Satu Suara Siti Nurhaliza Vol.3 yang menampilkan dua penyanyi hebat iaitu Jay Jay dan Ernie Zakri dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production (SNP) mengutamakan matlamat memberi kembali kepada masyarakat.
Semua kutipan tiket pada konsert yang dijadual berlangsung pada 13 Mei 2023 ini akan disalurkan ke dalam Yayasan Nurjiwa dengan salah satunya mengumpul dana buat sekolah yang dibuka penghibur itu di Gaza.
“Ini matlamat saya sekarang, kembalikan kepada masyarakat, bantu golongan yang kurang bernasib baik,” tekannya lagi.
Sementara itu bercakap tentang pemilihan Jay Jay dan Ernie Zakri untuk bersama di panggung Satu Suara Siti Nurhaliza Vol.3, penyanyi berusia 44 tahun tersebut menyifatkan ia sebagai pilihan tepat dengan konsep yang ingin dilaksanakan iaitu penghibur yang hebat pada zaman atau era masing-masing.
“Kita semua tahu Jay Jay adalah penghibur yang hebat pada eranya sejak hujung tahun 70-an. Beliau memiliki banyak lagu sedap yang boleh disampaikan dalam persembahan secara solo, duet atau trio.
“Ernie pula sejak dulu memang sudah ada dalam senarai saya. Saya mahu sepentas dengannya dan lihatlah beliau juga berjaya dalam eranya pada masa kini.
“Jadi selepas Satu Suara Vol.1 saya sudah bawakan Faizal Tahir dan Aizat, Satu Suara Vol.2 ditemani legenda Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip, kini saya memilih Jay Jay dan Ernie untuk Satu Suara Vo.3 pula,” ujarnya.
Konsert yang akan diterajui oleh meastro muzik Aubrey Suwito tersebut akan diadalaj di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Tiket berharga RM288, RM388, RM488dan RM588 sudah boleh dibeli di www.myticket.asia.
Siti juga tidak menolak untuk mengadakan konsert tersebut selama dua hari jika permintaan menggalakkan.
“Konsert ini dilakukan dengan penonton duduk, maksudnya kapasiti memang terhad. Jika ada permintaan yang baik, saya akan pertimbangkan untuk mengadakan konsert selama dua hari,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT