Laman Utama

“Buat Pelakon Ini… Isu Solat Tak Boleh Dibuat Main Atau Tinggal Semudahnya” - PU Syed Tegur Mas Khan

Mya Amri
22/11/2022
07:21 MYT
Pendakwah bebas, PU Syed menegur pelakon Mas Khan susulan kenyataannya tentang jarang menunaikan solat namun mencari pahala dengan ibadah lain.
Menurut Syed, kenyataan tersebut sepatutnya tidak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya atau dibuat main.
“Buat pelakon ini… Solat lima waktu adalah KEWAJIPAN bagi setiap umat Islam dan meninggalkannya sengaja adalah DOSA BESAR, wajib bertaubat dan qada segala yang pernah ditinggalkan.
“Syarat wajib solat ada tiga, Islam, berakal, baligh. Ambe rasa ketiga-tiga syarat wajib itu ada pada kamu, maka solat wajib ke atas kamu sehinggalah hilang salah satu syarat tersebut,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Bahkan tegas Syed lagi, kenyataan Mas Khan itu seolah-olah menyifatkan dirinya berani menanggung dosa besar.
“Mengaku jarang solat dan cari pahala dengan kebaikan yang lain adalah satu statement seolah-olah ‘berani tanggung dosa’.
“Amalan-amalan lain hanyalah tambahan sahaja dan kita wajib utamakan yang utama bahkan solatlah amalan pertama akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.
“Jika sempurna solat maka yang lain akan mudah. Jika solat dah sangkut maka yang lain terlebih susah untuk lepas.
“Jadi dalam isu solat ianya tidak boleh dibuat main atau ditinggalkan semudahnya… Ingatan dan teguran ini buat diri ambe juga dan semua yang membacanya,” jelasnya.
Terdahulu, Mas Khan mengakui jarang menunaikan solat lima waktu meskipun menyedari ia adalah perintah yang diwajibkan Allah SWT kepada umat Islam.
Menerusi perkongsiannya di InstaStory, Mas Khan menyatakan dia lebih memandang terhadap perkara lain seperti bersedekah sebagai amalan untuk mengumpul pahala.
“Solat penuh itu memang jarang sekali. Ya solat adalah tiang agama, wajib tapi saya pandang lebih kepada hati seseorang itu.
“Mungkin solat saya ‘kelaut’ tapi kita cari pahala tang (cara) lain faham tak? Contoh bersedekah, tolong orang, bertanggungjawab dan sebagainya,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?

gempak
15/07/2024
22:00 MYT
Umum mengetahui penganjuran konsert selalunya berlangsung pada waktu malam. Kebanyakan konsert bermula sekitar 9 malam dan berakhir sebelum jam menunjukkan ke angka 12 pagi.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha - “Stop Promote Produk Mereka..”

gempak
12/05/2024
03:55 MYT
Nama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini apabila didakwa masih tidak berhenti mempromosikan produk yang menyokong Israel.
Viral

"Trend Pakaian Pengantin Wanita Islam Mencolok Mata Bercanggah Agama" - Mufti Pulau Pinang

gempak
09/05/2024
02:00 MYT
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.
Hiburan

Kerana Rapatkan Saf, Remaja Dicekik Dalam Masjid, Anas Tahir Cerita Kejadian Sebenar!

gempak
08/05/2024
14:55 MYT
Anas salute tahap kesabaran adik ni.