"Kalau cakap ya, ya kalau cakap tak, tak. Tengah-tengahlah eh," demikian kata-kata pelakon dan usahawan kacak Zoey Rahman yang tertawa kecil ketika diminta mengulas mengenai pendiriannya tentang pembedahan kosmetik.

Melanjutkan bicara, kata Zoey, 38, pilhan segelintir golongan lelaki untuk membuat pembedahan kosmetik adalah pendirian secara individual.
"Itu terpulang pada individu, zaman sekarang ini mereka (golongan lelaki) sudah berfikiran terbuka. Ada banyak klinik estetik di luar sana, bukan hanya pembedahan plastik tetapi juga rawatan lain seperti suntikan botoks dan sebagainya.
"Jadi, bagi saya terpulang kepada anda untuk menilai. Saya tahu, mereka yang membuat pembedahan itu kerana tujuan tersendiri. Tanya diri, kalau rasa perlu buat, kalau tak perlu tak mengapa.
"Kalau orang cakap saya buat pembedahan plastik, saya dah lama dalam dunia hiburan ini, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Jadi, kata-kata kecaman itu sebagai pembakar semangat saya untuk terus bergiat dalam bidang seni dan karier saya," tegasnya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri USANITA di Hotel Pullman, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Viral
Buat Pembedahan Plastik, Ini Komen Zoey Rahman! - "Saya Dah Lama Dalam ..."