Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Buat Pembedahan Plastik, Ini Komen Zoey Rahman! - "Saya Dah Lama Dalam ..."

Amri Hassan
20/05/2023 02:40 MYT
"Kalau cakap ya, ya kalau cakap tak, tak. Tengah-tengahlah eh," demikian kata-kata pelakon dan usahawan kacak Zoey Rahman yang tertawa kecil ketika diminta mengulas mengenai pendiriannya tentang pembedahan kosmetik.



Melanjutkan bicara, kata Zoey, 38, pilhan segelintir golongan lelaki untuk membuat pembedahan kosmetik adalah pendirian secara individual.

"Itu terpulang pada individu, zaman sekarang ini mereka (golongan lelaki) sudah berfikiran terbuka. Ada banyak klinik estetik di luar sana, bukan hanya pembedahan plastik tetapi juga rawatan lain seperti suntikan botoks dan sebagainya.

"Jadi, bagi saya terpulang kepada anda untuk menilai. Saya tahu, mereka yang membuat pembedahan itu kerana tujuan tersendiri. Tanya diri, kalau rasa perlu buat, kalau tak perlu tak mengapa.

"Kalau orang cakap saya buat pembedahan plastik, saya dah lama dalam dunia hiburan ini, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Jadi, kata-kata kecaman itu sebagai pembakar semangat saya untuk terus bergiat dalam bidang seni dan karier saya," tegasnya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri USANITA di Hotel Pullman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

A post shared by ZOEeY RAHMAN (@zoeyrahman)


Zoey yang turut mengacara majlis terbabit antara selebriti yang terbabit dengan program yang dianjurkan oleh USANITA untuk mengangkat produk industri kecil dan sederhana ke pasaran lebih besar.

"Saya terlibat dalam program Perintis USANITA 2.0 di PWTC pada tahun 2022, tugas saya untuk memberikan perkongsian tentang bisnes dan Alhamdulillah disebabkan latar belakang saya, bisnes saya sukses.

"Mungkin USANITA nampak progres saya dari masa ke masa dan saya rasa ini peluang saya untuk membuat networking, pada masa sama mahu berkongsi juga pengalaman saya berbisnes dengan perintis di luar sana yang mungkin tak tahu cara nak pasarkan produk sendiri," tambah pengusaha produk Mika Series itu.



Dalam perkembangan sama, USANITA kini menyediakan platform kepada usahawan wanita luar bandar untuk memulihkan perniagaan masing-masing terutama yang terkesan akibat COVID-19.

Usanita Mall adalah platform e-dagang atau market place yang dibangunkan oleh Usanita Sdn Bhd yang mensasarkan peniaga dan pengguna online di seluruh Malaysia dengan objektif utamanya bagi memberi pendedahan perniagaan usahawan B40 dan M40 secara digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan menjelaskan, selari dengan arus digitalisasi kini, setiap usahawan perlu mengubah kaedah dan strategi perniagaan sesuai dengan corak pembelian masa kini

"Kalau nak dihitung market place yang ada hari ini, memang tidak terkira hingga wujudnya persaingan tetapi saya melihat dari aspek positif di mana platform ini telah membuka ruang kepada usahawan-usahawan untuk berdagang dan memperkenalkan produk mereka kepada umum.

"Malah kehadiran Usanita Mall juga bukan tujuan untuk bersaing dengan market place sedia ada namun ia lebih kepada membuka ruang baru.

"Lebih banyak ruang untuk usahawan berniaga, bermakna lebih besar peluang untuk mereka mendapatkan jualan serta menjana pendapatan yang akhirnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.



Tambahnya lagi, paparan Usanita Mall yang ringkas dan mudah difahami ini sesuai untuk penggunaan setiap lapisan masyarakat.

Platform ini dibuka secara percuma kepada semua peniaga yang ingin membuka akaun di Usanita Mall dengan syarat perlu berdaftar sebagai perintis terlebih dahulu.

Tarikan utama Usanita Mall ialah senarai ‘VIP Merchants’ yang juga merupakan rakan strategik Usanita Sdn Bhd seperti Rizman Ruzaini, Awal Ashaari, Fiziwoo, Fazs Faozi dan ramai lagi. Dengan adanya senarai ‘VIP Merchants’ ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung ke platform ini.
#pelakon #Viral #Kosmetik #Zoey Rahman #Bedah Plastik #Usanita #Mika Series
;