Tindakan bintang pop, Justin Bieber membuat prank dengan memuat naik status di Instagram membayangkan kehamilan isterinya, Hailey, dikritik hebat peminat, lapor Astro Awani.

Bieber memuat naik tiga entri ke akaun Instagram miliknya pada Isnin, 1 April, yang juga dilabel sebagai hari April Fool.

Dalam entri pertama, penyanyi lagu Baby itu memuat naik sekeping gambar sonogram tanpa kapsyen.

Ketika ramai peminat mula teruja, ada sebilangan yang menganggap tidak mungkin sonogram itu membawa maksud Hailey sedang hamil, memandangkan saiz bayi dalam gambar berkenaan yang besar.

"Kalau betul bayi sebesar ini, takkan Hailey mampu menyembunyikan perutnya," tulis seorang peminat.

Bieber kemudiannya memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Hailey seolah-olah sedang menjalani pemeriksaan doktor.

Ia disertai kapsyen 'Jika anda ingat ini jenaka April Fool', bagaikan mahu mengesahkan isterinya itu sedang hamil.

Namun keterujaan peminat terbantut apabila tidak sampai dua jam selepas itu, Bieber memuat naik entri berikut.

Wait omg is that a,,, APRIL FOOLS

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on


Prank yang dilakukan Bieber itu dianggap peminat sebagai sangat tidak matang memandangkan ia satu perkara sensitif bagi sesetengah wanita.

"Ada wanita yang bertarung dengan emosi setiap hari kerana gagal hamil. Tetapi anda memilih untuk mempersendakan subjek ini.

"Saya harap anda dan isteri tidak akan melalui situasi sukar seperti itu," tulis seorang peminat dengan nama pengguna @vicxtrious.

Bieber sebelum ini mengumumkan mahu berehat dari dunia nyanyian dan tidak sabar mahu bergelar ayah.

Sumber: Agensi / Astro Awani
Foto: People.com