Buat Servis Angkat Barang Berat, Ammar Alfian Niat Kongsi Untung Dengan Rakyat Palestin - "Jangan Malu-Malu Boleh Cari Saya ..."
Zulaikha Yusof
03/06/2021 03:50 MYT
03/06/2021 03:50 MYT
Pelakon Ammar Alfian, 34, mendedahkan dia kini melakukan servis perkhidmatan mengangkat barang berat ketika tempoh lockdown.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata semalam (2 Jun) adalah hari pertama dia memulakan tugasan.
"Hari pertama bertugas sebagai GoGetter. Saya suka melakukan tugas berat dan pekerjaan ini sesuai dengan saya terutamanya semasa lockdown ini.
"Saya pernah melakukan pekerjaan seperti ini ketika saya berada di Ozzy sebagai penggerak untuk MiniMovers Melbourne Australia.
"Jadi sesiapa nak bagi kerja angkat barang, hantar barang, buang barang jangan malu-malu boleh cari saya kat GoGetter. Saya hentam kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon filem Paskal ini berniat untuk menyalurkan keuntungan daripada hasil pekerjaan kepada tabung amal rakyat Palestin.
"25% dari keuntungan saya akan salurkan ke mana-mana amal untuk Palestin," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan kerajinan Ammar dalam mencari rezeki dan dalam masa sama masih ingat dengan saudara Islam yang dalam kesusahan.
"@lilyana.769: Angkat peti ais sebelah tangan ja nanti. Semoga dilimpahkan rezeki. Best hobi, kerja, rezeki dan amal jariah.
"@shah.rsmn: Baik abang. Semoga murah rezeki amin.
"@rindu.faziera: Bagus saya menyokong lelaki untuk menerapkan latihan ini daripada tinggal di gim. Anda tidak melakukan dua perkara baik di sini tetapi tiga. Amal, senaman dan networking.
"@dav3andy: Padu bro Ammar Alfian, semoga rezeki datang mencurah-curah. Amin..