Viral

"Buat TikTok Aku Dikecam, Face App Ramai Tukar Jantina Dapat Sambutan" - PU Abu

gempak
Amri Hassan
23/06/2020
03:45 MYT
Sponsor Banner
"Buat TikTok Aku Dikecam, Face App Ramai Tukar Jantina Dapat Sambutan" - PU Abu
Pendakwah bebas PU Abu Sufyan menyatakan kekesalannya terhadap segelintir individu yang terlalu taksub dengan aplikasi mengubah jantina wajah, Faceapp.
Jelas Abu, dia terkilan apabila ramai yang menyambut baik aplikasi tersebut biarpun ia haram.
"Aku teringat masa aku dikecam buat video TikTok, katanya aku tak boleh buat sebab 'PU'.
"Tapi bila datang #lathichallenge dan #faceapp tukar jantina berapa ramai orang yang buat dan dapat sambutan. Langsung tiada common sense pada benda haram," tulis Abu di Instagram.
Jelas Abu, hukum agama tidak terikat pada status atau latar belakang seseorang.
"Hukum agama ni tak terikat pada latar belakang diri kita, kita artis ke, PU ke, pemimpin negara ke kalau sesuatu tu haram maka haram untuk kita semua.
"Jangan double standard hukum tuhan dan stop promosi benda haram!" tambahnya.
Dalam entri yang sama, Abu turut memuat naik sepotong video mengulas lebih lanjut mengenai aplikasi tersebut.
"Pelik dunia ni, kita marah apabila ada satu orang mempromosikan kepondanan mereka hakikatnya hari ini kita yang buat. Bezanya dia operate kita apps (aplikasi).
"Benda dosa ni seronok kita buat sebab nak meraih perhatian daripada manusia sedangkan perhatian kita perlu cari daripada Allah.
"Takkan asbab kita tukar jadi lelaki atau perempuan menjadi punca kita masuk neraka," kata Abu lagi.
Sebelum ini, tindakan Abu memuat naik sepotong video TikTok bersama keluarganya untuk menyindir pihak tertentu mendapat kecaman hebat netizen.
BACA: Video Tik Tok PU Abu Dikecam Netizen, "Aku Buat Ni Suka-Suka Je Jangan Salah Faham Pulak .."
BACA: "Aku Minta Maaf Ye" - Dikecam Main TikTok, Ini Penjelasan PU Abu
Saksikan program yang menampilkan PU Abu di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live