Buat Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Jihan Muse, Netizen Puji Ungku Hariz Sweet!

Zulaikha Yusof
Ogos 29, 2018 13:09 MYT
Tanggal 29 Ogos merupakan hari lahir pelawak dan pengacara Jihan Muse yang merupakan isteri kepada pelakon Ungku Hariz.
Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Hariz telah memuat naik foto bersama isterinya beserta ucapan ulang tahun kelahiran.
"Saya mungkin tidak dapat melihat awak sekerap yang saya suka.
"Sepanjang 2 tahun, kita telah dikurniakan dengan seorang anak.
"Saya mungkin tidak dapat memeluk awak dalam dakapan saya sepanjang malam.
"Semua janji dan permohonan maaf yang tak telah saya ucapkan tidak terhitung jumlahnya. Susah, senang, dan gembira bersama.
"Tetapi dalam hati saya benar benar yakin, hubungan ini akan ke syurga. Saya tidak akan pernah lepaskan awak.
"Selamat hari lahir, Budak," tulis Hariz.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Hariz adalah seorang yang 'sweet' kerana menulis kata-kata manis kepada Jihan.
Rata-rata artis turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Jihan.
Hariz dan Jihan berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
Sumber: Instagram Ungku Hariz
#pelakon #Jihan Muse #Pengacara #Pelakon #Ungku Hariz