HIBURAN
Buat ‘Video Call’, Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Speechless’ Dengan Soalan Umie Aida - “Kita Tanya Direct Sangat Bab…”
Pelakon Datin Seri Umie Aida turut meluahkan rasa syukur apabila mengetahui Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq dibebaskan dan dilepaskan daripada empat pertuduhan.
Doa ibu
Menganggap kebenaran akhirnya berpihak pada yang benar, Umie turut memuat naik rakaman memperlihatkan dia sedang membuat panggilan video bersama pelakon Bella Astillah dan Syed Saddiq di TikTok.
“Doa seorang ibu tanpa hijab. Alhamdulilah... kebenaran berpihak pada yang benar. tahniah YB @Syed Saddiq,” kongsi Umie.
Namun apa yang menariknya apabila pelakon filem Dukun itu tanpa berlapik terus bertanyakan kepada Bella dan Syed Saddiq mengenai tarikh untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
“Opsss kita tanya direct sangat bab tutttt. Korang setuju tak? Kalau setuju doa yang baik-baik untuk mereka,” katanya lagi.
Bella dan Syed Saddiq bagaimanapun hanya mampu terdiam serta tersenyum tanpa menjawab soalan daripada Umie.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Sambut Kemenangan Dengan Keluarga, Belum Fikir Fasa Seterusnya Dengan Bella
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Menangis Gembira Syed Saddiq Dibebaskan - “Dia Jujur, Berani, Ikhlas, Sebab Itulah…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, Dah Boleh Kahwin!” – Syed Saddiq Bebas Tuduhan, Peminat Terus Doa ‘Wedding Of The Year’ Dengan Bella Astillah
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Bella yang turut hadir di mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan bagaimanpun menganggap sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal jodohnya dengan Ahli Parlimen Muar itu.