Personaliti media sosial Aisar Khaled menerima kecaman wargamaya apabila menyiarkan video menziarahi pusara penyanyi Siti Sarah yang dipercayai tidak sensitif dan bertujuan mengaut tontonan.
Aisar yang sebelum ini pernah menerima kecaman kerana pelbagai kandungan yang tidak sensitif telah memuat naik sebuah video di laman YouTube miliknya dan mengundang rasa marah wargamaya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 10 minit itu, Aisar yang menziarahi hanya di luar pintu pagar tanah perkuburan dan melakukan ulasan mengenai pemergian Siti Sarah di dalam kereta.
Malah, di pertengahan video, dia turut dikatakan melakukan peraduan dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100 kepada pemenang.
Menerusi pemerhatian Gempak, sedutan video tersebut turut dikongsi di laman Instagram miliknya namun ia telah dipadam setelah beberapa jam dimuat naik.
Di Twitter, video Aisar tersebut menerima pelbagai kecaman pengguna yang berpendapat pelakon drama bersiri Chandelier itu tidak memikirkan perasaan mereka yang baru merasa kehilangan.
Malah, dia yang dilihat memakai kurta dan dipadankan dengan seluar hitam ketat turut dihentam kerana dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.
Tidak hanya itu, wargamaya juga menyeru orang ramai untuk melaporkan video tersebut kepada pihak YouTube untuk diambil tindakan.
“Hal macam ni pun boleh jadi content ye? I cannot brain.. for the seek of views? Mana pergi sensitivity? Hmm,” kata seorang wargamaya.
“Oh come on. The rules is very simple. Who are you to actually do this kind of content? She passed away this morning, you create this content, and offer people to edit the video by giving them RM100? Over someone’s death? So this is the “influencer” material??? Come on @aisar_khaled,” luah seorang wargamaya.
“@aisar_khaled like seriously? Make it as content? Give some respect bro. Jenis asal boleh buat duit semua langgar. Takda common sense ke?” tanya seorang wargamaya.
“Report je youtube dia. Apa hanat benda camni nak buat content. Lagi satu, bodoh la melayu-melayu yang agung kan sangat orang macam ni. Tak boleh nak fikir ke,” komen seorang wargamaya.
“Orang lain buat content jugak, tapi mamat ni level "kena maki takpa asalkan duit masuk”, ujar seorang wargamaya.
“Tak kena dekat family sendiri tu lagi, tu yang kalut buat content tu,” pesan seorang wargamaya.
“Dia tak penat ke bodohkan diri sendiri,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 2,500 tanda ‘dislike’ daripada penonton.
Terdahulu, nama Aisar pernah menjadi bahan kecaman umum kerana isu memakai baju ketat ketika menerima suntikan vaksin, tidak mengimbas kod MySejahtera ketika makan di sebuah restoran serta pembaziran gel penyejuk badan.
Azwa Rahman
Tue Aug 10 2021
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.