Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

Gempak
28/09/2024 16:00 MYT
Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.


Pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik

Iz Emir yang mendaftar pada Sabtu, akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.

Berdasarkan perkongsian Fatimah Kari di Facebook, Iz Emir memasuki Tingkatan Satu di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia, seterusnya belajar O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.

Berdasarkan komen pengguna sosial, ramai berasa kagum dengan kebijaksanaan Iz Emir dan turut menyamakannya dengan Sheldon Lee Cooper, iaitu watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory.

Hafizulrahman Mazelin dalam komennya berkata, kanak-kanak pintar itu seperti Sheldon Cooper versi Melayu Muslim.

“Moga Allah berkati perjalanan adik mencari ilmu,” kata Rashidin Idris.

Jasni JassOmar pula berasa teruja dengan perkongsian itu.

“Wow berita hebat, pencapaian hebat dan sejarah yang hebat. Tahniah kepada adik ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tersentuh Lihat Video Pelajar Kongsi Makanan Satu Pinggan - “Ini Budaya Yang Kita Pertahankan”

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Tak Cukup Duit Hantar Anak, Pensyarah Sanggup Bantu Pelajar Daftar Politeknik - “Saya Tanya Kenapa Tak Ikut Sama…”

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

ARTIKEL BERKAITAN:6 Pelajar Malaysia Cipta Rekod Menang Pingat Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa!

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”


Sumber: Sinar Harian

#Viral #Universiti #Tular #Universiti Malaya #UM #Genius #Budak Genius
;