,
Hiburan

Bapa Tak Cukup Duit Hantar Anak, Pensyarah Sanggup Bantu Pelajar Daftar Politeknik - “Saya Tanya Kenapa Tak Ikut Sama…”

Gempak
01/08/2024
04:50 MYT
"Saya tak pandang kekurangannya, tetapi lihat kekuatan semangatnya yang sanggup datang dari jauh seorang diri untuk menuntut ilmu," kata Mohd Zaidil Adha Mat Hussin.

Terpaksa pulang awal, tiket habis

Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Politeknik Balik Pulau itu, menerusi hantaran di Facebook kelmarin, berkongsi pengalaman membantu penuntut baharu, Lim Zi Yang, 18, yang datang berseorangan mendaftar pengajian Diploma Teknologi Maklumat.
Kisah dikongsikan Mohd Zaidil Adha 46, juga Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) di politeknik sama mencuri perhatian warganet.
Bercerita lanjut, katanya, dia cuba membantu Zi Yang selepas dihubungi bapa penuntut berkenaan pada Jumaat lalu yang memohon kebenaran supaya anaknya dimasukkan ke asrama lebih awal walaupun tarikh pendaftaran pada kelmarin.

Anak yang mendengar kata

Menurut Mohd Zaidil Adha seperti dilaporkan Harian Metro, dalam perbualan telefon, bapa penuntut itu memberitahu, anaknya terpaksa bertolak awal, pada Jumaat dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang kerana tiket bas pada Sabtu sudah habis.
"Saya tanya kenapa tak ikut sama dan jawabnya, tak cukup duit. Waktu dengar jawapan itu, saya sudah mula rasa kasihan, jadi beritahu pihak pengurusan untuk permohonan kemasukan awal ke asrama dan siap sedia jemput anaknya di perhentian bas Balik Pulau pada pagi Sabtu.
"Belum sempat jemput, dia sudah tiba di depan perpustakaan, namun masalah timbul apabila beg mengandungi pakaian dan dokumen penting tertukar dengan orang lain.
"Saya perlu bawa dia semula ke Terminal Bas Sungai Nibong sebelum ke Terminal Bas Penang Sentral untuk tuntut beg," katanya.
Sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari terminal bas, Mohd Zaidil Adha dapat melihat sikap Zi Yang yang taat kepada bapanya, selain keberaniannya kerana boleh datang menaiki bas bersendirian walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang.

"Waktu dalam kereta, saya nampak dia ambil gambar Jambatan Pulau Pinang dan kirimkan kepada bapanya. Sebelum pulang, selepas saya bawa beli barang keperluan di sebuah pasar raya pun, dia minta singgah di kedai ubat Cina untuk beli minuman dan ubat seperti diminta bapanya.

"Jadi, saya nampak dia anak yang mendengar kata, malah nampak semangatnya kerana dia beritahu saya dia enggan berhenti belajar kerana anak tunggal dan menjadi harapan keluarga ," katanya.

Tak sangka kisah jadi tular

Berhubung perkongsiannya di FB, Mohd Zaidil Adha tidak menyangka ia akan tular kerana niatnya sekadar berkongsi kisah dan pengalamannya.
"Alhamdulillah, baca komen ramai positif dan ucap tahniah selain mengharap kejayaannya pada masa depan. Ada juga komen menyatakan apa saya buat itu adalah apa yang Malaysia mahukan kerana nampak semangat perpaduan.
"Hakikatnya, saya bantu tanpa tengok perbezaan kaum, agama atau bangsa kerana mana-mana penuntut memerlukan, saya akan bantu. Malah sering juga dengar luahan serta perkongsian ibu bapa mengenai masalah anak mereka.
"Cuma kebetulan, perkongsian kisah ini mendapat perhatian, mungkin kerana saya dan dia berlainan bangsa," katanya.
Katanya lagi, apa yang menarik apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Datuk Dr Mohd Zahari Ismail juga datang bertemu Zi Yang ketika sesi pendaftaran penuntut baharu kelmarin.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.