,
Berita

"Budak Kelab Pun Ada Ilmu Halau Hantu.." - Wanita Mirip Pelakon Fara Mendoza Terjerit-Jerit ‘Ah Sakit… Sakit’ Dibacakan Ruqyah?

ZULHILMI JALIL
03/01/2020
09:52 MYT
Sebuah video yang memaparkan seorang wanita seolah-olah sedang dirasuk di sebuah pusat hiburan menjadi viral di laman Twitter.
Video berdurasi 1 minit 19 saat itu dikongsikan seorang pengguna Twitter menerusi akaun @HabangBawang yang sudah diulang kicau hampir 13,000 kali.
Dalam paparan video berkenaan, seorang wanita mirip pelakon Fara Mendoza dikatakan seperti hilang kawalan apabila bertindak terjerit-jerit dalam keadaan terbaring.
"Sakitlah bodoh, ahhh sakit..sakit, aku suka dia, aku suka dia, aku nak dia...aku nak dia kau faham tak," jerit wanita tersebut.
Wanita itu kemudian cuba ditenangkan oleh beberapa lelaki yang berada di lokasi tersebut.
Salah seorang daripada mereka dilihat cuba melakukan upacara 'mengubat' dengan memegang bahagian perut wanita berkenaan.
"Woi perempuan Indon keluarlah," tutur individu tersebut yang dipercayai sedang meminta makhluk halus yang memasuki tubuh wanita itu tidak mengganggunya. Bagaimanapun, perkongsian video itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Ada yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang melucukan apabila insiden dirasuk terjadi di pusat hiburan.
"Setan dirasuk setan, lalu setan membacakan ayat Ruqyah kepada setan untuk menghalau setan.
"Nak buka mata Melayu kot yang budak kelab pun ada ilmu halau hantu selain daripada puja.
"Kepada ustaz-ustaz yang tiba-tiba boleh muncul dalam kelab tu, marilah jumpa. Saya beritahu ni sebab nak mengeratkan silaturrahim antara kita," tulis sebahagian netizen.
Begitupun, ada juga yang mempersoalkan gelagat wanita tersebut yang kelihatan mungkin bukan dirasuk, sebaliknya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
"Ni kacip bodoh.
"Dia punya kacip tu aku rasa nak tampor je. Barang banyak sangat ni," tulis sebahagian netizen.
Sehingga kini lebih 600 komen ditinggalkan netizen dalam posting tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.