Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia

Gempak
26/06/2024 08:06 MYT
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai budaya keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) di negara-negara seluruh dunia.


Tangga kedua terburuk di dunia

Menerusi kajian terkini yang dilakukan oleh sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global iaitu Remote mendedahkan terdapat keputusan yang agak mengejutkan mengenai keseimbangan work life balance di kalangan 60 negara dengan KDNK tertinggi di dunia.

Malaysia antara negara yang tersenarai dengan kedudukan kedua terakhir sekaligus menjadikannya sebagai negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.

Antara faktor-faktor yang diambil kira untuk menganalisa perkara hal ini termasuklah cuti tahunan berkanun (jumlah hari cuti berbayar, termasuk cuti umum), bayaran sakit minimum (% gaji atau jumlah tetap), cuti bersalin (jumlah minggu berbayar), Kadar bayaran cuti bersalin (% gaji), gaji minimum, status penjagaan kesihatan dan Skor indeks kebahagiaan (The Global Economy).

Malaysia berada di kedudukan ke-59 dengan skor hanya 27.51 daripada 100, menjadikan kita negara kedua terburuk dalam indeks selepas Nigeria.

BERITA TRENDING: Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi…


BERITA TRENDING: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?


BERITA TRENDING:Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah


BERITA TRENDING: Lelaki Kantoi Curang Tak Mengaku Pukul Isteri


BERITA TRENDING: JAIS Tangguhkan Semua Ceramah & Kuliah Ustaz Don?


Kajian tersebut mencatatkan bahawa Malaysia mempunyai 19 hari cuti tahunan berkanun, 14 hari cuti bersalin berbayar, dan gaji minimum hanya USD1.07 (RM5.04) per jam.

Tambahan pula, Remote juga menegaskan bahawa Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan, indeks kebahagiaan 5.71 daripada 10, purata 40.8 jam bekerja setiap minggu dan indeks LGBTQ+ hanya 9 daripada 100.

Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dalam mencapai keseimbangan hidup dan kerja yang lebih baik di Malaysia.

Walaupun terdapat beberapa kelebihan seperti sistem penjagaan kesihatan yang dibiayai kerajaan, aspek-aspek lain seperti gaji minimum memerlukan tindakan segera.

Sumber: World of Buzz

#Malaysia #Kedudukan #Budaya #Work life balance #Terburuk Dunia