Pengaruh salah seorang anggota kumpulan BTS, Kim Taehyung atau V sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

V dilaporkan telah memecahkan dua rekod dunia selepas dia dan anggota BTS yang lain membuka akuan Instagram peribadi masing masing pada 6 Disember lalu, lapor Guinnessworld Records.

Sejak itu, peminat dari seluruh dunia ‘berlumba lumba’ menjadi pengikut para anggota kumpulan fenomena yang berasal dari Korea Selatan ini.

Berbanding rakan rakannya yang lain, V dilaporkan telah mendahului mereka apabila memecahkan rekod kerana memiliki 1 juta pengikut dalam tempoh hanya 43 minit!

Tidak berhenti di situ, para peminatnya termasuk dalam kalangan ARMY (nama khusus peminat BTS) telah membantu V memecah satu lagi rekod apabila mendahului anggota yang lain dengan mengumpul sebanyak 10 juta pengikut di Instagram dalam tempoh 4 jam 52 minit.

Walaupun V menjadi anggota pertama yang memecahkan rekod terpantas mengumpul pengikut dalam Instagram dengan nama @thv, diketahui

RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, dan Jungkook juga memiliki lebih 20 juta pengikut sehingga artikel ini ditulis.

Pengikut V sendiri sudah mencecah 26 juta dalam tempoh 10 hari akaun Instagramnya dibuka.

Setakat ini juga dia baru memuat naik 16 keping foto dengan yang terbaharu dikemas kini sekitar 15 jam lalu. Biar diikuti lebih 25.9 juta pengikut, V hanya mengikuti 7 akaun lain termasuk 6 merupakan anggota BTS sendiri.

Sebelum ini aktres Jennifer Aniston dan Taeil Moon dari grup NCT juga pernah memecahkan rekod pemilik Instagram balik cepat diikuti oleh para peminat.

Instagram: @tvs