,
Hiburan

"Bukan Calang-Calang Buat Homework!" - Netizen Setuju Dengan PU Amin, Sepahtu Memang Legend!

Badrul Hashim
23/11/2020
10:47 MYT
Mereka di antara kumpulan yang masih bertahan dan masih mempunyai peminat yang ramai. Biarpun ramai yang melihat mereka membuat lawak secara spontan, tetapi kepada sesiapa yang mengenali Sepahtu pasti tahu lawak mereka sentiasa berkait rapat dengan isu semasa.
Bukan itu sahaja, mereka turut melakukan kajian untuk memastikan cerita yang mereka sampaikan turut meninggalkan kesan kepada penonton dan bukan sekadar lawak kosong.
PU Amin turut berkongsi rasa yang sama apabila dia memuat naik satu entri di Instagram miliknya tentang watak yang dibawakan oleh Jep Sepahtu dengan orang yang benar-benar wujud.
"Dia memang wujud. Katanya Tok Kadi di Johor. Cuma tak pasti dah jumpa bulu ayam dia ke tak.
"Ini membuktikan pelawak kita buat homework sebelum sampaikan satu satu sketsa. Sepahtu tetap legend dan terbaik sampai bila bila," tulis PU Amin sambil berkongsi dua keping gambar yang hampir serupa.
Ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh PU Amin, malah masih mengingati watak yang dibawa oleh Jep tersebut.
Sepahtu Reunion Live 2020 boleh anda saksikan secara langsung setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107). Anda juga boleh strim On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Hiburan

Peniaga Kosmetik Tak Sangka Diceraikan Suami Ketika Live - “Suami Kahwin Wanita Lain Tanpa Pengetahuan Saya”

gempak
30/07/2024
05:55 MYT
Seorang peniaga kosmetik dalam talian tidak menyangka suami sanggup menceraikannya dengan talak satu ketika wanita itu bersiaran langsung di TikTok.