Pelakon Jue Aziz mengakui kesal apabila sering menerima komen negatif daripada netizen di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jue menjelaskan sebagai seorang selebriti mereka juga harus diberi ruang dan tidak dipandang hina oleh masyarakat.

"Peringatan! Tolong hormat ruangan kami (celebrity) dengan kata-kata membina bukan dengan kata-kata hina #kotor #lucah.

"Kami juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kami sanggup luangkan masa untuk followers tapi bukan cara ini kami dilayan untuk kamu melepaskan kepuasan nafsu kamu yang jijik.

PERINGATAN!!! Plz hormat ruangan kami (celebrity) dgn kata2 membina bukan dgn kata2 hina #kotor #lucah Kami jg ada hati n perasaan yg perlu dijaga..kami sggup luangkn masa utk followers tp bukan cara ini kami dilayan utk kamu melepaskn kepuasan nafsu kamu yg jijik!! Disbbkn segelintir sikap beginilah bole membuatkn kami dipandang hina n xbermaruah! Pd followers yg sentiasa memberi kata2 semangat n doa yg baik2 hanya Allah yg dpt membalas kebaikan kalian Amin? Teruskan support #LIVEIG radio #SenjaFm brsama #DjJueAziz yg #sentiasadihatianda ❤️? Thx @mhetv.my for ths article ?? P/s Plz careful ths #penyangak @zulariffin_13 @zulariffin_33

A post shared by Jue Aziz (@jueaziz22_official) on


"Disebabkan segelintir sikap beginilah boleh membuatkan kami dipandang hina dan tidak bermaruah!

"Pada followers yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa yang baik-baik hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian. Amin Teruskan support," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Jue dan berharap agar orang ramai tidak keterlaluan ketika memberi sebarang komen.