Hiburan
"Bukan Denggi & Covid-19" - Alami Demam Panas, Fendy Bakry Masuk Hospital
Aktor kacak Fendy Bakry telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam panas.
Menurut Fendy, sakitnya itu bukan disebabkan denggi atau wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.
"Fuhhhh!!! Sebelum nak demam dia mai sejuk tu menggigil-gigil. Esok tu terus suhu 40. Sekarang ni dah kena tahan la jawabnya.
"Denggi? Alhamdulillah takda. Covid-19? Alhamdulillah pun takda," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
Pelakon drama Mr. Grey itu turut memohon doa dari semua pihak agar diberi kesembuhan seperti sediakala.
"Mohon doa dari semua semoga dipermudahkan. Nak shooting, nak buka kedai lagi.
"Dia punya sakit kepala ni macam nak pecah huhu," tulisnya lagi.
Sementara itu, Gempak sedang berusaha untuk mendapatkan komen lanjut daripada Fendy.
Saksikan drama lakonan Fendy di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video