Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan mengapa dia perlu memberitahu kehadiran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya pada 3 pagi semalam adalah tanpa pengetahuannya.

Jelas Iqbal, dia kini mahu mengambil langkah berjaga-jaga dan berterus terang mengenai kejadian sebenar sebelum ada pihak cuba memutar belit fakta.

“Kenapa saya perlu bagitahu di media sosial tentang Vida datang rumah tanpa

pengetahuan saya? Sebelum ia diputar belitkan lebih baik saya bagitahu awal-awal.

“Jika ada yang rasa itu lakonan atau marketing, silakan. Saya berani bersumpah

langsung tidak tahu kedatangan beliau,” katanya.

Jelasnya, dia juga akui telah penat untuk melayan drama yang menyelubungi dirinya sejak dua menjak ini.

“Saya terlalu penat untuk melayan drama ini semua, Sekarang beliau katakan seolah saya disantau serta terkena buatan orang dan meminta saya untuk berubat.

“Bukan disantau, saya penat,” katanya menerusi Instagram Story.

Terdahulu Iqbal memaklumkan dia terkejut dengan kedatangan Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.

Jelas Iqbal, tindakan Vida seakan-akan menceroboh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

BACA: DSV Terjah Rumah Iqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi - "Terkejut Saya Keluar Tak Pakai Baju Tak Pakai Seluar"