Siapa sangka, biarpun mengangkat kisah remaja bermasalah dan memfokuskan elemen kemasyarakatan, namum filem Butak masih cemerlang menggunakan teknologi kesan khas imej janaan komputer (CGI).

Buat mereka yang telah menonton, pasti ada yang tertanya sama ada babak ditampilkan benar wujud atau hanya efek khas CGI.

Menerusi posting terbaharu dimuat naik di Instagram Astro Shaw, terdapat beberapa babak sebenarnya menggunakan teknik berkenaan.

Antaranya adalah babak ketika Butak memandang ke arah laut yang turut menyaksikan beberapa kapal di sedang melalui pelabuhan Pulau Pinang.

Selain itu, babak Butak membaling objek ke arah radio Ketua Kampung lakonan Kaza Saisi juga hasil janaan CGI.

Malah, kebanyakan CGI dilihat banyak digunakan ketika adegan orang ramai berkumpul untuk menaik kapal ke Mekah.

Secara keseluruhan teknik CGI filem Butak boleh dikatakan agak cemerlang, malah warna atau color grading yang digunakan sedikit sebanyak berjaya mengaburi mata penonton.

Berkenan betul min tengok transformasi sebelum dan selepas CGI filem Butak ni.. Bagi yang belum tahu, banyak juga babak dalam filem Butak ni yang menggunakan CGI. Nak tengok lebih lagi korang kena tonton Butak okay! . BUTAK KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . @iiz1_fi3 @sabriyunus @boharibinibrahim @kazar35 @realfimiedon @__mellyamalin @fazli_daniel @azman_hassan_77 @imudaart . #Butak #FilemButak #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Untuk pengetahuan, sehingga kini Butak masih kekal berada di kedudukan pertama sebagai filem paling banyak ditonton di Astro First biarpun telah hampir dua minggu ditayangkan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Butak di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

BACA: Review Gempak: Butak, Percampuran Rasa Benci, Menyampah Dan Geram, Semuanya Bersatu!