Hiburan
"Bukan Follow Trend Lah" - Nabila Razali Dedah Punca Sebenar Dia Mula Berbasikal
Penyanyi Nabila Razali menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia menyertai sukan berbasikal semata-mata mahu mengikut trend.
Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella sebaliknya menegaskan pembabitannya dalam 'dunia' tersebut adalah disebabkan faktor kesihatan.
"Saya mula berbasikal selepas kerajaan melonggarkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Alasan utamanya senang je sebab kesihatan. Ye lah waktu PKP kita duduk rumah tak bersenam tak keluar peluh.
"Sedikit sebanyak bantu stamina dan karier nyanyian. Bella nak penuhkan masa lapang dan happy je bukan pengaruh siapa-siapa, bukan follow trend," katanya.
Ditanya adakah dia tidak takut dengan risiko kemalangan ketika berbasikal, Nabila menjelaskan dia masih belum lagi di peringkat ekstrem.
"Bella baru lagi, now pun 'ride' sekitar Putrajaya dan beberapa lokasi lain. Paling jauh now 41 kilometer juga.
"Kalau sebut tentang bahaya tu semua sukan ada risiko. Kalau kita ada kelengkapan dan alatan yang betul, Insya-Allah semuanya ok.
"Laluan trek pun ikut kemampuan kita sendiri. We dont challenge the road but let the road challange you," katanya.
Must-Watch Video