,
Laman Utama

Bukan Gimik! Zulin Aziz & Suami Mahu Bawa Haluan Sendiri - “Hal Macam Ini, Orang Gila Saja Buat…”

Asyikin Mayudin
17/04/2023
05:55 MYT
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini di Instagram bukanlah gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.
Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.
“Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa? Saya tak ada lagu nak keluar, tak ada produk nak launch. Hal macam ini orang gila saja buat gurauan. Please stop!
“Saya mohon doa. Hanya Doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik dekat korang,” tegas Zulin.
Tiada sebarang penjelasan, Zulin bagaimanapun berharap dia dan suaminya akan menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan dengan membawa haluan masing-masing.
“Minta doakan yang baik-baik. Mungkin in ujian buat kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya mohon maaf jika saya tak dapat beri apa-apa penjelasan.
“Cukup itu saja. Biarlah hanya kami tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu. Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian.
“Semoga kami dapat jalani kehidupan yang baik di masa depan dengan haluan masing-masing. Tidak ada apa yang mahu dikongsi. Semoga Allah jaga rapat aib kami.
“Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu. I will come back stronger and thank you so much. Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik. InsyaAllah,” katanya.
Terdahulu, Zulin memuat naik perkongsian di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan suami, Farhan sudah berakhir.
Untuk rekod Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan pada 20 Februari 2022 dan aktres itu pernah mengalami keguguran anak pertama pada Ogos tahun lalu.
BACA: Zulin Aziz Beri Bayangan Sudah Bercerai? Netizen Pula Bimbang Hanya Sekadar Untuk ‘Content’ - “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Unitar