Salah satu anugerah yang paling dinantikan Hollywood, Met Gala berlangsung hari ini.
Seperti diketahui, Met Gala tahun ini mengambil inspirasi dan tribute kepada ikon fesyen dunia, Karl Lagerfeld yang meninggal dunia pada usia 85 tahun, pada 2019 lalu.
Para selebriti diharapkan hadir dengan pelbagai rekaan yang diinspirasikan daripada rekaan mantan Pengarah Kreatif Chanel ini sebagai sebuah penghormatan terhadap sumbangan besarnya dalam dunia fesyen.
Apa yang menjadikan Met Gala pada tahun ini lebih hangat adalah para selebriti yang hadir bukan sahaja mengangkat tema dari pereka fesyen Jerman tersebut, tetapi ada yang ‘berfikir di luar kotak’ dan menjadi lebih ‘nakal’ apabila tampil mengangkat inspirasi daripada kucing kesayangan Lagerfeld yang juga merupakan pewaris hartanya, Choupette.
Antara yang mencuri perhatian lensa kamera dan paparazi di karpet merah adalah penampilan aktor dan penyanyi Jared Lato.
Pemenang Oscar itu tampil benar-benar seperti seekor kucing! Leto tampil memakai kostum kucing dan hanya dikenali oleh umum selepas dia membuka ‘kepala kucing’ yang menutup dirinya.
Selain Leto, rapper Doja Cat dan Lil Nas X turut tampil seperti Choupette.
Cat tampil memakai dres menutup kepala dan telinga kucing berwarna silver.
Dres tersebut menerima sentuhan dari Oscar de la Renta dengan sedikit efek dramatik yang disuntik pada aksesorinya.
Sementara Lil Nas X tampil lebih liar apabila mengecat tubuhnya dengan warna silver, dengan ditaburi perhiasan dan topeng muka yang sarat butiran mirip kucing milik Lagerfeld.
Menambahkan kesan ‘gila’ pada penampilannya, Lil Nas X hanya memakai seluar dalam dari warna senada.
Malah sewaktu ditemubual media, dia hanya membalas semua persoalan dengan bunyi seperti kucing sambil melambaikan tangan.
Meski ramai yang mengambil inspirasi penampilan darinya, Choupette bagaimanapun tidak hadir pada majlis mega tersebut.
Syafiqah Jalal
Tue May 02 2023
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.