Laman Utama

Bukan Ke 'Jail Party', Janna Nick Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah Yang Cetus Provokasi

gempak
Zulaikha Yusof
22/02/2021
02:04 MYT
Sponsor Banner
Bukan Ke 'Jail Party', Janna Nick Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah Yang Cetus Provokasi
Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah di laman media sosial, baru-baru ini.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyatakan kesemua tangkapan skrin (screenshot) telah diambil oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan undang-undang.
"Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.
"Segala tangkapan skrin telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat," tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi dua ciapan (tweet) di laman Twitter miliknya, pada awal pagi tadi.
Sebelum ini, nama Janna telah menjadi bualan ramai sehinggakan trending #jannanickisgoingtojailparty di Twitter.
Janna telah mencetuskan kemarahan peminat Kpop apabila dia dan aktres Sharifah Sakinah didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Tidak ingin memanjangkan isu, pelakon #MarryMeSenorita itu tampil bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan itu.
BACA: Janna Nick Bersumpah Pegang Al-Quran, Nafi Persenda Kematian Bintang K-Pop
Walaubagaimanapun, kontroversi itu tidak berakhir di situ apabila Janna menghina Lisa Blackpink dengan nama ganti yang digunakan adalah 'Lisa Black oink oink' (emoji bab*) di ruangan komen.
Mengikut pemerhatian Gempak, akaun rasmi Twitter dan Instagram (IG) milik Janna kini sudah tidak ada lagi.
Tidak dapat dikenalpasti sama ada teman wanita Dini Schatzmann yang deactive sendiri atau hasil report yang dibuat oleh peminat K-Pop kepada pihak IG dan Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024