“Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun…” - Ustaz Azhar Idrus Tegur Tabiat Beratur Sehari Awal Kerana Makanan
Izwan Isa
18/09/2023 04:50 MYT
18/09/2023 04:50 MYT
Pendakwa bebas, Ustaz Azhar Idrus menegur segelintir individu yang suka mengejar hal-hal viral, terutama melibatkan proses jual beli sehingga sanggup beratur sebelum perniagaan dibuka.
Menurut beliau, hal seperti ini dapat dielakkan kerana kita tidak berada dalam keadaan yang terdesak.
“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beli. Cerdik ke bodoh?
“Bukan kita kelaparan enam tahun tak ada makanan. Betul tak? Itu penyakit akhir zaman. Kasih kepada viral. Kasih kepada kemegahan, rasa hebat,” katanya menerusi satu ceramah.
undefined
Dalam masa sama, penceramah popular itu turut menegur sebahagian peniaga yang tidak mengikut proses jual beli yang betul sehingga sanggup melakukan hal-hal luar norma untuk melariskan barang yang diniagakan.
“Promosi makanan dalam TikTok sekarang, sebahagiannya bagus. Kerana apa? Dia jaga pantang larang dalam Islam. Tapi sebahagian promosi dalam TikTok, haram!
“Bila haram jadilah perniagaan itu tidak ada berkat. Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah.
“Kita nak kejar laku, laris, tontonan pengikut tinggi, rating tinggi, orang banyak datang beli dan pembeli pula rasa hebat dapat beli benda yang viral,” katanya lagi.
BACA: Sempoi! Peserta Perarakan Sempat Keluar Perbarisan Sebab Nak Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus!