Sambutan Hari Kebangsaan berlangsung dengan penuh meriah semalam. Masakan tidak, orang ramai khususnya warga Kuala Lumpur dilihat sudah mula berkumpul di Putrajaya sejak tengah malam semata-mata mahu melihat acara perarakan dengan lebih dekat.

Seperti sudah dijangka, perarakan kontinjen badan beruniform merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu, khususnya daripada kontinjen bomba.

Sorakan demi sorakan diberikan kepada kontinjen berkenaan, lebih-lebih lagi apabila anggota bomba yang terlibat turut mesra melayan karenah penonton.
@ikhwannajmi7

??❤️?

♬ 31 Ogos - Dato' Sudirman

Namun, lain pula halnya yang berlaku di Terengganu. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus ketika perarakan telah menarik perhatian anggota beruniform yang terlibat sehingga menyebabkan mereka berhenti seketika untuk bergambar.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Azhar yang mengenakan jubah berona kelabu itu dilihat mesra berjabat tangan dengan anggota perarakan.

Tidak kurang ada yang sempat bergambar dengan pendakwah popular itu.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna TikTok memberikan respons positif terhadap interaksi tersebut.

Ada juga yang memberi cadangan supaya Ustaz Azhar turut serta dalam perbarisan yang sama.

Untuk rekod, Ustaz Azhar pernah melakukan hal yang serupa pada sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lalu.

BACA: “Kucing Buang Najis Rumah Jiran & Pemilik Buat Tak Tahu, Boleh Buang Kucing Tu” - UAI​