Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Bukan Mama Tak Adil Kerana Meraikan Kamu Dalam Keadaan Yang Sangat Bersederhana, Tapi ....." - Luahan Ozlynn Buat Ramai Terusik

Rozaimi Zubaidi
18/06/2019 07:45 MYT
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan sederhana dan saling menyayangi diatara satu sama lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn berkongsi luahan buat anak bongsunya, Moleiq sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

"Selamat hari lahir my baby moleiq. 17 Jun. Bukan mama tak adil kerana meraikan kamu dalam keadaan yang sangat bersederhana tapi mama dan papa kamu sentiasa belajar, belajar bersyukur dengan apa adanya.

"Kurniaan kamu dalam keluarga Hanania sangat-sangat berharga dan dinantikan. Biar memori kasih sayang lebih terikat indah dalam ingatan bukan wang atau hadiah mahal yang jadi igauan.

"Kena belajar sedar diri, esok dah besar kamu dapat nilai sendiri keluarga adalah segalanya. Sayangi keluarga. Kasih sayang kekal abadi supaya tak menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.

"Menghormati mereka yang menerima kita seadanya kerana keluarga yang sebenar adalah yang menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.

"Semoga kalian 5 beradik hidup dengan penuh kasih dan sayang hingga syurga abadi Aameen," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari lahir my baby moleiq.. 17 june.. bukan mama x adil kerana meraikan kamu dlm keadaan yg sgt bersederhana.. tp mama n papa kamu sentiasa belajar.. belajar bersyukur dgn apa adanya.. kurniaan kamu dlm keluarga hanania sgt2 berharga dan dinantikan.. biar memori kasih syg lebih terikat indah dlm ingatan bukan wang atau hadiah mahal yg jadi igauan.. kena belajar sedar diri.. sok dh besar kamu dpt nilai sendiri keluarga adalah segalanya.. sayangi keluarga.. kasih syg kekal abadi.. supaya x menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.. menghormati mereka yg menerima kita seadanya.. kerana keluarga yg sebenar adalah yg menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.. semoga kalian 5 beradik hidup dgn penoh kasih dan syg hingga syurga abadi aameen ??

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terusik dengan luahan yang dilakukan oleh Ozlynn dalam mendidik anak-anaknya.

"@ernydyana:Alhamdulillah Selamat Bornday Moleiq. Semoga Allah menghiasi hati Moleiq dengan kesabaran, ketaqwaan dan ke imanan. Aamiin."

"@zarinazainuddin_: Caption mu buat akak terusik."

"@sadarena: Happy birthday Moleiq. Stay chubby. Aunty suka sangat as what your mum says. It is all true and I totally agree. Family is everything that is the most important so, keep an eye on each other and stay simple and down to earth you’ll be okay anywhere you go!"

Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
#Pelawak #Johan #Ozlynn